Kamis, 20 Maret 2014

Kaedah dalam Pedagogi: Kaidah tunjuk cara


Kaedah pengajaran bermaksud tindakan-tindakan yang dilakukan oleh guru dalam mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah ini melibatkan tindak balas antara guru dan murid (Rahil Mahyudin et al. 1997) . Di antara kaedah yang bersesuaian untuk mengajar pembelajaran Kemahiran Hidup ialah kaedah memberi arahan, demonstrasi, permainan, penemuan, kaedah pusat pembelajaran dan kaedah projek. Di sini diselaraskan beberapa kaedah yang boleh digunakan oleh guru pendidikan khas yang mengajar Kemahiran Hidup.

Kaedah Tunjuk Cara

Kaedah tunjuk cara adalah kaedah yang telah lama digunakan di sekolah. Kaedah ini dipilih terutama sebagai satu cara untuk membiasakan murid dengan prosedur yang perlu diikuti oleh mereka semasa membuat aktivitas seperti berkebun, menggunakan alat dan sebagainya. Kaedah tunjuk cara yang baik mengandungi langkah-langkah yang memberi murid peluang menunjukkan bahwa mereka benar-benar memahami apa yang dipelajari.

Langkah 1 

Tunjukkan kepada murid langkah-langkah yang mesti diikuti oleh mereka untuk melakukan tugas yang diberi. Murid juga perlu dimaklumkan tentang sifat tugas itu.

Langkah 2 

Beri tindak balas kepada murid tentang tunjuk cara yang telah dibuat. Guru juga perlu bertanya  kepada murid untuk memastikan mereka benar-benar paham akan arahan yang diberikan.

Langkah 3 

Tinjau semula langkah-langkah yang perlu diikuti oleh murid. Murid mesti jelas dengan langkah-langkah aktivitas. Adalah baik jika guru menulis setiap arahan untuk memastikan tidak ada arahan yang tertinggal semasa aktivitas berlangsung.

Langkah 4 

guru perlu memilih beberapa orang murid untuk membacakan urutan langkah-langkah benar yang telah dilakukan oleh mereka.

Langkah 5 

Beri peluang murid mempraktikkan apa yang telah dipelajari oleh mereka. Kaedah tunjuk cara apabila dirancang dan dilaksanakan boleh memberi kefahaman kepada murid. Pada awal tunjuk cara, guru boleh mengambil sedikit masa untuk mengingatkan murid tentang objektif yang diberi penekanan. Disebabkan guru menjadi pusat perhatian dalam kaedah tunjuk cara ini, adalah mudah baginya untuk membantu murid mengingat kembali maklumat yang telah dipelajari sebelumnya yang berkaitan dengan tugas pembelajaran baru.

Sumber: surhan-maraja.blogspot.com

0 komentar:

Posting Komentar